Keputusan SPM baru saja diumumkan...kepada yang berjaya dengan cemerlang..aku nak syabas dan aku yakin korang bakal memiliki kereta sendiri dan tak naik bas.Kepada yang gagal ..ini lah masanya anda melihat jauh ke dalam diri tetapi..bermuhasabah..membiasakan telinga mendengar bebelan ibu bapa...semakin lama bebelan itu menandakan anda sebenarnya bertuah kerana masih ada yang peduli tentang masa depan anda.Kecuali lah kalau anda sendiri tak mahu memikirkannya kerana anda tergolong dalam golongan keluarga jutawan..malas nak semakkan otak memikirkan kemana kah anda selepas SPM.
Kalau nak kaji kelulusan aku..memang lah aku tak layak menulis entry pendidikan dan hal2 yang sewaktu dengannya.Jadi tak perlulah menjadikan kebodohan aku untuk meletakkan aku sebagai manusia yg tidak membuat sesuatu untuk orang lain.Aku mahu semua orang lain berjaya...sekurang2nya aku merasa tempias atas kejayaan orang lain.Niat aku mudah saja...nak kasi tahu satu perkara...Lepasan SPM merupakan suatu masa dimana anda seharusnya meletakkan diri anda di landasan hidup yang betul.Kebarangkalian anda gagal dalam hidup bergantung kepada keputusan anda menentukan arah dan halatuju selepas tamat SPM.
Kepada yang gagal dalam SPM...anda jangan berhenti setakat ini saja.Otak sebenarnya masih fresh dan belum berkarat macam aku..berbagai cara untuk menyambung pelajaran yg akan aku sentuh pada entry akan datang cuma pada kali ni aku nak highlight pada yang berjaya dalam SPM.Bagi guide je..terpulanglah,jadi aku listkan senarai 100 universiti luar negeri terbaik .Bukan maksud aku universiti tempatan tidak bagus tetapi...aku malas nak bagi alasan sebab aku tahu ramai orang berkelulusan universiti tempatan akan bantai aku cukup-cukup.Bagi aku mudah saje...
"kalau anda diberikan pilihan memiliki Proton Saga atau BMW...nak pilih mana..?errrrrrrgh...nape gagap..."tak payah cakap sebab aku dah tahu jawapan anda sebab nenek aku dulu Ahli Nujum Negara macam Nujum Pak Belalang.Untuk melihat 100 universiti mengikut reputasi sila
Kalau korang dapat tawaran kat Oversea nanti..jangan lupa buka blog..aku rela jadi follower korang..seronok baca entry student kat oversea.Habis belajar..balik Malaysia...kongsi kepakaran anda dan majukan negara Malaysia..tak lah nanti Mat Saleh kene cari Google nak tahu Malaysia ni negara ke sejenis tumbuhan atau kueh.
P/S:Aku selalu mimpi main baling-baling salji dengan awek aku...huhuhuhu...sob3
tissue please..
aBADI rOMEO..................
yg gagal kene usaha lain tp x mustahi untuk berjaya...yg berjaya teruskan usaha..