Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Karnival Kerja Pemuda BN di PWTC ...300,000 pengungjung..dibanggakan atau memalukan | abadi romeo

Followers

Karnival Kerja Pemuda BN di PWTC ...300,000 pengungjung..dibanggakan atau memalukan

Isnin, 28 Mac 2011



Aku tersedak masa makan nasi tengahhari tadi bila baca akhbar arus perdana.Dekat satu jug juga air aku minum,baru lega.Bukan lah aku nak berlagak pandai..atau memandai-mandai cuma kadangkala ada juga manusia cerdik yang aku rasa kurang cerdik.Ketepikan fahaman politik..kita berkongsi idea dan mengupas secara santai-santai saje.Tinggalkan emosi politik tu kat dalam poket,singlet,baju anak baju atau dimana tempat2 sulit lain...ini bukan blog politik.Tajuk akhbar arus perdana  itu..

"300,000 PENGUNJUNG KE KARNIVAL PEKERJAAN PEMUDA BN DI PWTC'

Dalam kepala hotak aku yang sarat dengan persoalan..apa yang aku fikirkan....

- Ramainya manusia yang terdesak mencari pekerjaan
-Ramainya manusia yang ingin menukar kerjaya.
-Ramainya manusia yang ada kelulusan tetapi tak de kerja
-Ramainya manusia yang takde kelulusan dan takde kerja
-Ramainya manusia yang terpaksa bekerja makan gaji
-Ramainya manusia yang sentiasa berharap borang kerja tak masok bangkul sampah.

Kalau aku list kan lagi..panjang berjela-jela...mungkin sepanjang barisan manusia yang menunggu jawapan permohonan kerja.Memang lenguh dan sengal satu badan bila aku dengar rupanya masih ramai yang berguling-guling nak cari kerja.Dari apa yang aku tahu peluang pekerjaan yang ditawarkan sekitar 40,000 sahaja.

40,000 peluang pekerjaan

Memang aku tak pergi ke karnival berkenaan jadi aku teka je lah apa jenis pekerjaan yang ditawarkan
Salesman
Salesrepresentative
Sale Manager
Cleaner
office boy
clerk
storeboy
suppervisor
dsbnya....

Di dalam teori ekonomi yg cukup mudah"apabila permintaan barangan atau perkdmatan melebihi penawaran,maka harga /kadar upah akan jatuh"
Maka bertepok tangan dan dengan kaki sekali lah majikan..tersenyum kambing gurun sambil menepok perot-perot mereka yang boroi sambil menyapu kepala mereka yang botak tanda kegembiraan kerana dapat menjimatkan kos dengan menawarkan gaji yang murah.Masa majikan tengok resume yang bertambun sampai....mesti shortlisted yg  bayar ciput..kelulusan perkara kedua,lagipun majikan jarang pandang kelulusan sangat...mungkin pengalaman menjadi pilihan kedua.Macamanan nak ada pengalaman kalau tak bagi peluang.Aku bukanya nak mematahkan semangat yang mintak kerja tu...cuma berdasarkan pengalaman kerana aku pun pernah jadi penganggur...tahu rasa macammana rasa buah anggur..

Mindset orang kita kene berubah...tak semetinya kita makan gaji,kerja gomen,pendapaan tetap yang menjadi trademark.Kalau dulu nak meminang anak dara orang,kene kerja gomen baru lulus nak masok meminang.
Tapi zaman dah berubah...otak masyarakat kita masih berkarat dengan fahaman yang tidak memajukan bangsa.Memang bekerja sendiri mempunyai risiko yang tinggi..tetapi kalau anda berjaya..tak aneh bunyinya

"Eh...tak payah tunang2 la...esok kita panggil tok kadi"ujar bakal mertua anda
bila melihat kereta BMW parking depan rumah.

aBADI rOMEO...

.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. Relevan berkata...:

    Ramai yang mau kan kerja..semua nak bermakan gaji..kerja sendiri ada yang cakap penat..

  1. iza berkata...:

    As salam..
    Akulah salah seorang siswazah yang dah 5 tahun menganggur dan dlm tempoh 3-4 thn jgk ada mohon beberapa jawatan tp tahun ni je belum mohon apa2. Rasa seronok pulak dok umah je, jadi blogger dan SRT sepenuh masa.
    Rasanya macam nak buat business sendiri la....

  1. Hairun Azmi berkata...:

    Pemikiran nak makan gaji perlu di ubah...


    Asam Rom

  1. propa je kot....ntah2 tak ramai mane kot...ooppsss...hehehe

  1. Cahaya berkata...:

    sume tu pkeran masg2..graduan yg menganggur sume nyer tggu org pgel jerk..aku pon ex-graduan...tapi aku sgup je keje kdai mkan ke.keje perhotelan ke..keje kerani pon aku buat walupon aku ni bdag it..sume nyer terletak pada dri kalu hrap peluang datg...memag tak la..aku pegi dekat 20 tmpat interview..satu hari 3tempat aku pegi..n aku bleh dpat 5 tawarn keje..ape2 pon nk seribu daye kan..kalu keje sendri mcam berniaga klau bersugguh2 insyallah menjadi..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...