Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Video Lucah...tengok ke jeling2 je...18sx | abadi romeo

Followers

Video Lucah...tengok ke jeling2 je...18sx

Rabu, 30 Mac 2011


Dah dua hari hand phone rosak..mau tak mahu kene lah pegi kedai handphone repair...
ialah takkan repair kat kedai jual bawang..tahun depan pun belum tentu siap.Susah kalau tak de handphone..segala maklumat sulit aku ada kat situ dari nombor telephone President Obama hinggalah sms dari Fasha Sanda ,semua aku sumbat ketat-katat dalam memory..maklumlah 4Gybt..aku lanyak sampai lebam le..MP3,MP4 segala macam aku tarok..Kalau berjalan2 kemana tanpa membawa hanphone terasa seperti seperti terlupa pakai seluar dalam,terasa kekok dan tak selesa.Setelah memilih kedai yang 
aku tengok menarik....awek pulak tu yang frontlines..sales assistan..agaknya aku
 segera control encem dan hati ku mula berbunga-bunga.

Setelah menceritakan segala masalah aku..awek tu berjanji yang handphone
 aku boleh kembali sihat seperti sediakala dalam tempoh dua hari.Sebelom aku melangkah keluar aku terpandang seorang lelaki di suatu penjuru sedang mengadap laptop.Mungkin pekerja disitu sedang melayan seorang pelanggan yang kelihatan masih muda belia.Aku memulakan babak Edisi Siasat untuk mengetahui apa yg asyik sangat tu....

"Erhhhmmmmm...ada spesial service rupanya.Download lagu sambil video clip tuuuut...tuuut..."

Tak berpuas hati aku terus dekat untuk memastikan..kompom..sebab aku bukanlah buta IT sangat....Bill Gates dulu pun berguling2 kat depan rumah aku suruh aku ajarkan dia.

"ehh.....bro..nak download jugak ke..kejap lagi boleh lah..sekarang ni busy...
ada dua tiga pelanggan lagi yang tunggu...."

"Tak..lah...saja je..."dan aku pun berlalu.


Dalam perjalanan ku rasakan something.....

Masa Dan Berubah

Dunia semakin canggih...gadjet yang sewajarnya dimanafaatkan untuk kemudahan selalunya mudah disalahguna atau memang ada niat didalam hati nak salahguna.Katakan seorang bapa ingin membelikan anaknya yang sedang remaja sebuah handphone untuk tujuan senang berhubung lalu membawa anaknya ke kedai untuk memilih yang mana satu pilihan hati.Aku berani kerat kuku...mesti anak remajanya akan memilih yang mempunyai kemudahan video dan camera.Kalau anak manja...guling-guling  dan buat muka silap-silap Blacberry atau I-Phone boleh dapat.Anak bapak lah kata kan.Wi-Fi..apa lagi..lagi advance..boleh online internet dimana saja walaupun tengah mencangkong dalam tandas sambil menghidu aroma.Dan memang pun ramai yang suka sangat lepaskan hajat dan nafsu kat tandas....betul...?

Naluri Remaja

Kecanduan melihat bahan lucah selalunya dikaitkan dengan remaja.Mungkin sudah fitrah alam,sifat ingin tahu tentang seks.,mendorong mereka memilih jalan paling mudah dan selamat.Pendidikan seks selalunya didapat secara tidak formal.Mana ada sekolah yang gila mengajar matapelajaran seks kecuali di beberapa buah negara seperti di Jepun.Mak bapak pun mana ada ajar menda cam tu...orang Melayu lah katakan.Download le kat mana-mana kedai atau kalau nak cover sangat tu...bluetooth dengan member yang memang kaki 'blue'.bagi yg ada internet kat rumah...jangan cerita lah...sumbat selagi mahu sampai "hang" hand phone sebab overload memory.

Kesan Kepada Sosio Budaya

Bila dah tengok..iman mula goncang..itu pun yang bagi katagori rakan masjid,kalau katagori Mat Rempit...mula la nak buat testimony.Tak kira lah lelaki atau perempuan...same je.Menurut sebuah kajian,sebanyak 27% remaja terlibat dalam seks bebas kerana peluang dan ruang yang terbuka luas melalui handphone dan Internet.Pada mulanya munkin niat hanya untuk melihat apa yang orang lain lakukan atau membuat shooting filem sendiri sebagai koleksi pribadi dan kemudiannya menjadi alasan untuk peras ugut dan sebagainya.Biasanya seks bebas juga menyumbang kepada pembungan bayi kerana mereka sebenarnya melakukan seks hanya untuk memuaskan nafsu.

Golongan tua juga kene tempias walaupun dah ada pengalaman tetapi pengalaman itu di gunakan untuk melakukan sumbang mahram.Bapa vs anak.abang vs adik  dan bukanlah adengan yang janggal kini.Atok2 yang dah senja pun ada nafsu dengan cucu yang berumur 5 tahun.


Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.
Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.
“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.
 Hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.
Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.
Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.
“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.
Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.
Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.
Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.
Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.
Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.
Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.

P/S :Selalunya orang bercerita melalui pengalaman.Mesti nak tanya aku kalau aku pun ada simpan video clip tuuut..tuuut.. dalam handphone atau pernah menonton.Errrr....aku tak menonton pun..jeling2 je kot.....abis korang..?Kantoi.....aku nampak korang angguk.....kih,..kih..kih...

Sumber : Berita Harian Online

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 ulasan:

  1. Falling . berkata...:

    panassssssssssssssssssssssss!

  1. ozzy berkata...:

    Assalam..

    Itulah yg membimbangkan..maklum saja kita ada anak2 yg semakin membesar..harap dijauhkan.

  1. Miecyber berkata...:

    Rosak masyarakat Islam di Malaysia sekarang...

    Earth Hour 2011

  1. wow...mantap..tapi hajat apa eh td??

  1. Tanpa Nama berkata...:

    fuyohhhhhhhh....!!!!!!!

  1. abadi romeo berkata...:

    @relevan - nah...! kipas...aku kasih free..

    @..arcmabaharin.. ~ jangan buka baju..nanti aku lari..

    @ozzy ~ kene monitor la sikit anak2..rajin2 check h/p dia.Kalau depan PC tu selalunya dia pasti tinggal jejak...History..

    @Miecyber~ budak zaman cyber..kemajuan..kalau tak guna nanti ada yag kata kufur nikmat..

    @gadis kepastian ~nak aku senaraikan ke..tak sanggup rasanya,,macam2 ada..

    @gadis kepastian ~ bukan magic eeeh...

  1. zulkbo berkata...:

    salam zul..
    ini baru betul kajian..
    ermmm..mulakan kempen
    jangan buang bayi merata2
    time sedap lupa segala...

  1. abadi romeo berkata...:

    ~zulkbo~ salam...mengarut2 juga..tetapi kene input fakta sikit baru ada ummmmph.

    Kempen akau senang je"kalau sesiapa nak buang baby dia,bagi je lah kat aku...,Insyaallah aku jaga coze aku memang suka baby..."
    Hidup Biar sedap..hehehe...

  1. Unknown berkata...:

    hmmmmm rosak tol ler ...kahwin ler kalau dah tak tahan

  1. gadjet IT biler disalahgunakan....huhu....


    Layari juga update terbaru
    Cuti - Cuti Malaysia di Bandar Kuching, Sarawak

  1. Unknown berkata...:

    salam, makin teruk remaja kita...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...