KLCC suatu nama yang cukup terkenal dan merupakan kebanggan negara.Bangunan pencakar langit setinggi 452 meter,88 tingkat adalah menara tertinggi di dunia sehinga 2004 sehinggalah terbinanya Taipei's 101 yang mempunya ketinggian 508 meter dan 101 tingkat.Ianya diistiharkan sebagai bangunan tertinggi didunia apabila KLCC siap dibina pada 1998 mengatasi Willis Tower in Chicago, U.S.A –setinggi 442 meter.
Entri aku kali ini bukannya nak memperlekehkan KLCC..sebenarnya aku juga bangga seperti rakyat Malaysia yang lain..melihat dari luar sudah cukup membuatkan kita berasa seakan tidak percaya apa yang boleh dilakukan bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia tetapi kekuatan seluruh rakyat Malaysia dan kebijaksaan pemimpin negara telah menzahirkan aspirasi bangsa.Cuma ada sekelumit rasa terkilan bila kita perhatikan bahawa pengisian kepada limpahan ruang yang begitu besar yang mencacatkan monumen ini.
Sempena menyambut cuti Krismas hari ini..sepertimana juga cuti2 am yang lain tentunya KLCC akan menarik perhatian warga kota mahupun pelancong bagi melihat dan bersiar di sekitar KLCC.Seringkali ada terdengar rasa tidak puas hati warga tempatan bila melihat warga asing membanjiri kaw.sekitar.Bagi aku..itu bukan masalah..takkan kita nak halang orang datang..itu kaw.pelancungan.
Aku sering ke KLCC Twin Tower dan berpeluang naik ke tingkat 1 sehingga 75 kerana ada urusan kerja dengan Petronas.Memang mengasyikkan melihat syarikat Nasional ini yang majoritinya Melayu memenuhi ruang pejabat.Tetapi bila kita masuk ke Suria KLCC..rasa bangga itu hilang tiba2 apabila melihat tiada lagi lot kedai bumiputra yang berniaga ..majoritinya adalah lot yang disewa oleh non-bumi yang bertaraf Internasional.Ground floor jangan ceritalah..hanya sesuai dikunjungi oleh korporat saja.Rakyat kebanyakan boleh window shopping je....
Sewa yng tinggi sepatutnya tidak dijadikan alasa kerana kita mempunyai banyak badan kerajaan seperti UDA yg mampu membantu pengisian ruang lot niaga di kawasan strategik.Inilah masa 'kita' memastikan kelangsungan survival bangsa kerana 'kita'masih mempunya kuasa politik..sementara ada..jika sudah tiada lagi...apakan daya..balik kampung tanam jagong.
Satu lagi kawasan yang mendapat tempias akibat pembangunan segitiga emas ialah Kg.Baru yang merupakan pertahanan terakhir yang harus kita perjuangkan bersama.Aku teringat bagaimana seronoknya membeli juadah berbuka puasa di Jalan Raja Alang ....terasa seperti berada di kampung halaman..Terubat juga rasa rindu di kampung melihat suasana Kg.Baru yang masih 'ori'.Bagaimanapun...Pelan Pembangnan Kg.Baru yang dirancangkan akan mengubah landscap Kg.Baru dan akan dimajukan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270 ke RM300 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500 ke RM600 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.
saya jika ke KLCC - biaanya ke kedai buku Kinokuniya...nak beli barang2 lain...banding punya banding..kat Melaka pun ada...sudah berapa kali sampai ke Melaka? sudah amat maju looo....sesak !
saya kurang gemar sesak2...