Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN "Aku Lebih Dulu Makan Garam."..sedapkah..? | abadi romeo

Followers

"Aku Lebih Dulu Makan Garam."..sedapkah..?

Selasa, 29 Mac 2011


Signifikasinya pepatah "Aku lebih Dulu Makan Garam"merujuk kepada pengalaman orang yang terdahulu.Tanpa yang dahulu tiada yg baru dan itulah alasan yang diberikan oleh mereka yang merasakan mereka lebih senior,arif dan tahu selok belok sesuatu hal.Samada alasan itu sememangnya wajib digunakan bila ingin memberikan alasan alasan ataupun betapa tidak cerdiknya manusia menggunakan alasan "aku lebih dulu makan garam".
Memang garam diperlukan dalam makanan tetapi adakah garam itu diperlukan dalam setiap perkara.Rasa masin menunjukkan lidah manusia itu berfungsi dengan baik tetapi adakah jika kita tidak menggunakan garam lidah manusia tidak berfungsi dengan baik.Pengalaman selalu dikutip daripada peristiwa yang berlalu dan ironinya tentulah mereka yang suka merujuk kepada sejarah.Bagi manusia yang berfikiran yang sejarah mereka akan diingat oleh generasi kemudian maka lahirlah pepatah lain

"harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama'.

Sekali lagi pepatah ini digunakan sebagai alasan supaya jangan ada orang mengkritik mereka kerana mereka sudahpun memahatkan nama mereka sebagai pencipta sejarah sedangkan orang muda tidak tahu apa-apa.

Pertembungan pendapat antara golongan tua dan muda biasa berlaku tak kira masa tempat dan ketika.Perbezaan pendapat berdasarkan pandangan menunjukkan manusia sentiasa berfikir untuk menyatakan sesuatu.Fahaman konservatif golongan tua dilihat sebagai pegangan merujuk kepada adab dan budaya Melayu yang jumud .Tidak kira samada alasan itu masih relevan atau tidak..golongan konsevatif ini sentiasa mempunyai alasan sejarah yang membosankan golongan muda untuk mendengarnya.

Kenapa harus takut menyatakan sesuatu itu benar...adakah mengaku kesalahan itu meletakkan diri golongan tua itu lebih rendah darjatnya,pangkatnya,kuasanya atau masih mahu mengekalkan status quo.Kritikan yang dilemparkan berdasarkan fakta dan kewarasan akal fikiran sepatutnya disambut dengan hati yang terbuka.Tetapi kebanyakan golongan ortodok dan ultra kiasu melihat kritikan membuatkan mereka nampak lemah.Kritikan anak kepada seorang bapa ,kritikan seorang pekerja terhadap majikan,kritikan seorang pengundi kepada wakil rakyat banyak terbatas oleh sifat manusia yang berpegang kepada rasa hormat yang akhirnya membiarkan,membungkam seribu rasa,memendam dendam kesumat dan akhirnya golongan muda akan mula mencari identiti diri mereka sendiri bilamana pandangan mereka sering dipandang sinis....

ialah    "budak setahun jagong".

Tetapi berbeza dengan golongan muda  yg sekarang menggunakan putik jagung sebagai makanan tambahan  didalam Tom Yam atau sup campur..yang pada suatu ketika dahulu putik jagung hanya layak dimakan oleh ayam dibelakang rumah.Tetapi kini...ramai yang tidak mahu menggunakan garam kerana takutkan penyakit darah tinggi.

Sedapkah garam........

aBADI  rOMEO.......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 ulasan:

  1. iza berkata...:

    As salam..
    Sedap la, kalau tak ada garam, tawar la segala masakan. Jgn takut darah akan tinggi kerana menggunakan garam tapi gunalah sekadar perlu..

    Cendol Dan Peralatan Tradisional | Teratak Usang

  1. ozzy berkata...:

    Assalam..

    Nice entry..ulasan yg menarik.
    Teringat cerita P.Ramlee..menantu beri hadiah x cukup garam.

  1. Izyan Masri berkata...:

    tak semestinya makan garam banyak tapi betul.ececey.memandai pulak.HAHA :D

  1. Unknown berkata...:

    salam, ulasan yang menarik...

  1. zulkbo berkata...:

    salam Zul..
    ermmm..istilah je tu kut?
    rasanya zaman dulu bila
    istiadat "pecah mulut" mereka
    sapukan air garam kat mulut
    budak rasanya..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...