Salam...
Aku rasa bait-bait di atas bukanlah sesuatu yang janggal dan sering kedengaran.Entry kali ini sebenarnya adalah respon kepada satu komen di dalam FB aku bila aku ping kan entry bertajuk" Bill Gates,Kekayaan Dan Fakta".dan ada komen berbunyi
"DUIT BUKAN BOLEH BAWA MASUK KUBUR".
Aku bukanlah dari spesies yang cepat melenting tak tentu pasal ,komen lah semahu anda..sampai lebam jari tekan komen kat keyboard ianya tidakkan meninggalkan kudis bagi aku .Cuma aku harus memperincikan apa yang ingin aku sampaikan.Kita mesti bersikap terbuka dalam mendengar pendapat orang lain tetapi soal pendirian adalah soal kedua.Manusia sentiasa mencari titik kesamaan.,namun perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan secara total.
NIAT DAN MATLAMAT
Sifir nya cukup mudah...aku meletakkan Bill Gates sebagai seorang adiwira moden yang sewajarnya dijadikan contoh dari segi kejayaannya dalam bidang yang diceburi.Otak yang genius sahaja belum tentu menjamin kehidupan yang baik tetapi menterjemahkannya dari setiap perlakuan akan membuahkan hasil yang baik.
Kekayaan mungkin satu impian,tetapi menukar impian menjadi kenyataan perlukan kita bersikap positif.Kita perlu berjiwa besar walaupun tubuh kita bersaiz kecil.Kenapa harus kita melihat kkekayaan sebagai sesuatu yang membawa kesan negativ.
AGAMA MENGHALANG KEMAJUAN..?
Pertikaian ini sebenarnya tidak berkesudahan kerana fahaman masing2 mengenai agama adalah berbeza.Kalaupun aku tidak mempunyai janggut sedepa ataupun songkok tiga jengkal,bukan bermakna aku harus menerima bulat-bulat pendapat mengenai agama.Agama tidak berdiri dengan sekadar menghukum,hidup dan mati sahaja.Tujuh Petala Langit Dan Tujuh Petala Bumi berserta penghuni dengan seluas daratan dan lautan memberikan sejuta pengertian terhadap agama.Pertikaian mengenai siapa yang lebih arif dan tahu serta mendakwa dirinya lebih Islam menjadikan umat Islam masa kini begitu mundur dan ketinggalan.Kita mahu berjaya di dunia dan akhirat.
Insyaallah...!
P/S :Apa yang berada dalam fikiran anda bila ada orang berkata
"Perempuan kalau belajar pandai-pandai pun akhirnya ke dapur juga"
marah agaknya.......
Tak marah pun dgn kata2 akhir tu sbb betul jd kenyataan. Masa belajar kalau org kata mcm tu rasanya marah kot tp skrg tidak lg...
Walaupun ada Ijazah Sarjana Muda dr USM, dah 5 tahun menganngur jadi ke mana lagi kalau tak ke dapur?
Duit memang penting. Kalau tak ada duit, nak ke makan pasir yang tak pernah dimakan orang?