Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Zami Ismail Meninggal Dunia. | abadi romeo

Followers

Zami Ismail Meninggal Dunia.

Isnin, 20 Jun 2011


Tiada lagi Pak Uda dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 80 an dan lewat 90 an. Pelakon komedi veteran Zami Ismail, 67, telah meninggal dunia pada hari Ahad,pukul 10.30 pagi di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung .Pemergian beliau ternyata meninggalkan impak dan begitu dirasai oleh sekalian penggiat seni tanah air dan peminat komedi.
Sejak menceburi bidang lakonan pada 1980an, Zami sudah membintangi 20 buah filem seperti Mat Som, Pening-Pening Lalat, Wanita Bertudung Hitam, Jin Hutan, Zombie Kampung Pisang, Shhh...Dia Datang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Janin dan yang terakhir Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit pada Mac lalu.Allahyarham pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-9 menerusi filem Mat Som, selain tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM11 menerusi Wanita Bertudung Hitam.Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak selepas solat Asar, petang Ahad.


Sumber :mStar Online
                  KOSMO Online

P/S:Aku teringat-ingat trade  mark beliau bila memakai baju kemeja yang tidak dibutang dengan betul..senget sebelah dan panggilan "Anje" dan "Ayang" yang meninggalkan kesan buat aku.Takziah buat  Keluarga Allahyarham dan Al Fathihah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

  1. Al-fatihah untuk arwah kita kehilangan seorang lagi bintang...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...