Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Michelle Yeoh Di Usir Dari Myanmar | abadi romeo

Followers

Michelle Yeoh Di Usir Dari Myanmar

Khamis, 30 Jun 2011

Michelle Yeoh dilaporkan telah di usir oleh kerjaan Myanmar sebaik tiba di Yanggun pada 22 Jun lalu dan dihantar pulang pada hari yang sama.Bintang Hollywood yang berasal dari Malaysia itu tidak disenangi oleh kerajaan tentera Myanmar diatas penglibatan Michelle Yoeh yang memegang watak utama sebuah filem yang berkisar tentang ikon pro demokrasi Aung San Suu.

“Beliau tidak akan mempunyai peluang memasuki Myanmar semula. Beliau dihantar pulang terus dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Myanmar, yang enggan dinamakan kepada AFP.
“Beliau kini dalam senarai hitam,” kata pegawai yang lain yang juga enggan mengulas mengapa.

Sementara itu agensi berita Associated Press melaporkan Yeoh tiba di Yangon pada 22 Jun lalu dan dihantar pulang pada hari sama.

Bekas gadis Bond kelahiran Malaysia itu pernah menemui pemenang Hadiah Nobel Keamanan di kediaman Suu Kyi di Yangon pada Disember selepas penggambaran filem bersama pengarah Luc Besson di Thailand bagi produksi terbabit, yang dirahsiakan.

Filem terbabit dijangka disiarkan pada akhir tahun ini. 
Suu Kyi dibebaskan pada November selepas tujuh tahun dikenakan tahanan kediaman, kurang seminggu selepas satu pilihan raya yang disifatkan pengkritik sebagai bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera di belakang pentadbiran awam di Myanmar.

Suu Kyi yang memasuki usia 66 tahun bulan ini mendapat perhatian antarabangsa berikutan tentangan aman beliau dalam berhadapan dengan penindasan.

Pada 1990 beliau mengetuai parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi yang mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya tetapi tidak pernah diiktiraf kerajaan pemerintah tentera Myanmar. Beliau turut memboikot pilihan raya tahun lalu dengan menyifatkan pemerintah sebagai tidak adil.

Yeoh, 48, adalah bekas Ratu Malaysia, yang mula mendapat perhatian antarabangsa apabila turut bergandingan dengan Pierce Brosnan dalam filem James Bond 1997, Tomorrow Never Dies sebagai seorang pengintip China yang bukan saja tegas tetapi cantik.

Beliau kemudian berlakon dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon sebuah filem epik seni pertahanan diri yang mendapat sambutan antarabangsa dan juga filem Memoir of a Geisha berdasarkan novel terlaris oleh Arthur Golden. – AFP/AP 




P/S:Demokrasi yang  mati di mana-mana
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...