Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari | abadi romeo

Followers

Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

Selasa, 14 Jun 2011


LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi


Sumber :KOSMO

P/S:Moga Allah memberikan hidayah kepada Tony Blair..Insyaallah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. Unknown berkata...:

    semoga terbuka pintu hatinya...insyallah :)

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Moga satu hari nanti dia dapat hidayah dr Allah..

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    betul tu..
    moga Allah memeberinya hidayah
    satu hari nanti..terkilan kita ni
    pulak nak baca Al-Quran berkira
    sangat...
    :(

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...