Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Gambar Adengan KL Gangster -RM 1.5 juta Jualan Ticket Hari Pertama Tayangan | abadi romeo

Followers

Gambar Adengan KL Gangster -RM 1.5 juta Jualan Ticket Hari Pertama Tayangan

Jumaat, 10 Jun 2011

Dunia perfileman Melayu sekali lagi mendapat sentuhan semangat luar biasa bila Filem KL Gangster yang ditayangkan pada  9 Jun yang lalu berjaya memecah rekod kutipan tertinggi iaitu sebanyak  RM 1.5 juta berbanding filem Kongsi sebanyak RM 1 juta pada hari pertama tayangannya.Filem arahan Shamsul Yusof ini ditayangkan di 81 panggung di seluruh negara walaupun terpaksa bersaing dengan filem  asing iaitu X-Men First Class dan Super 8.
Filem ini juga menimbulkan konstraversi bilamana PEKIDA(Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia) diberitakan mahu mengemukakan saman terhadap Skop Production kerana mendakwa filem KL Gangster menggunakan kod rahsia pertubuhan seperti Ayahanda ,Abang Long dan Kawasan serta memaparkan adengan yang tidak tepat dengan pertubuhan tersebut.

SINOPSIS                                                    

"KL Gangster" mengisahkan tentang Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada masa yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur. King dan Malek berkawan rapat. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek. Bagi Shark, Malek punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adik Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.














P/S :Sekurang-kurangnya Filem Melayu telah mula keluar dari kepompong yang membosankan..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. Unknown berkata...:

    wow makin kaya ler skop production ni....

  1. zulkbo berkata...:

    salam Zul..
    memang gengster nampak
    gambarnya..tak tahan lawak
    aku tengok cerita KONGSI
    baru2 nih..he he

  1. Unknown berkata...:

    mudah2an cerita tersebut jadi pengajaran juga buat sesiapa yg menonton

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...