Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Orang Kampung Bodoh dan Orang Bandar Cerdik..? | abadi romeo

Followers

Orang Kampung Bodoh dan Orang Bandar Cerdik..?

Rabu, 29 Jun 2011


Mula-mula bila aku terbaca satu artikel politik pada awalnya tak nak ambil pusing..sekadar bacaan umum kerana tidak mahu terjebak di dunia politik yang semakin memualkan aku.Kalau jenis aku ni manusia yang suka termuntah..dah lama aku muntah hijau bila saban hari didendangkan dengan lagu politik dan penulisan politik yang menjengkelkan.Bayangkan niat aku unutk membeli akhbar arus perdana sekarang sudah terbantut dan dimandulkan dengan berita politik yang saban hari dilanggan oleh pelacur politik di lorong belakang mati  dan harga bangsa aku dilelong dipasar paling murah diwaktu ini.Dan cuba perhatikan artikel dibawah yang ditulis oleh orang yang merasakan dirinya begitu baik dalam menilai orang lain.

"Orang kampung bukannya tahu banyak mengenai hutang dan rezab negara, mereka lebih mudah menerima sahaja apa yang diceritakan tanpa menganalisis lebih mendalam isu tersebut...."Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling.


Mungkin adalah tidak adil bagi aku memetik sebahgian sahaja dari artikel berkenaan dan sila KLIK untuk mendapatkan artikel penuh yang bertajuk"Apa sahaja untuk tawan Felda dan negara".Ketepikan sementara fahaman politik dan mari kita berbicara dengan tiada rasa kebencian di hati supaya penulisan artikel sebegini lebih ilmiah dan mesra pembaca.

Mengapa Pensyarah Terlibat Dalam Politik

Aku agak keliru dan perasaan bercampur baur..muka kelat manis dan masam dan mencuka bila kebelakangan ini bila aku melihat ilmuan yang dianggap sebagai contoh baik dari sudut ilmunya meletakkan pribadi mereka ditempat yang tidak sewajarnya.Jika pelajar di IPTA dan IPTS dikongkong dengan pelbagai sekatan untuk berpolitik dan menyuarakan aspirasi mereka,pensyarah mereka pula bebas mengeluarkan kenyataan yang berbau politik.Adalah lebih bijak dan praktikal jika letak jawatan sebagai pensyarah dan ceburi dunia politik dan jangan libatkan nama universiti di Malaysia yang kedudukannaya semakin menurun...entah ke nombor yang ke berapa ratus..akibat campurtangan dan kaki politik.Jika ketam ingin mengajar anaknya berjalan betul..inilah kesudahannya...

Betulkah orang kampung bodoh...?

Aku orang kg..sedikit berpendidikan cuma belum sampai ketahap Ijazah.Itu tidak bermakna 
aku buta huruf dan tidak peka kepada alam sekeliling.Buktinya mudah...entry ini diterbitkan 350km dari pusat bandar dan persoalannya..Di zaman ini maklumat boleh didapati dengan pelbagai sumber dan bukan lagi zaman batu.Sebagai seorang Profesor dia hanyalah mengeluarkan pendapat berdasarkan kajian yang dilakukan diatas kertas tetapi  aku  lantas teringat kata-kata"

"Pengalaman adalah guru terbaik sepanjang masa"

Artikel tersebut secara ringkasnya menerangkan bagaimana pihak pembangkang mempengaruhi masyarakat luar bandar khususnya  di FELDA dengan pelbagai isu.
Persoalannya....?

-Adakah seorang menteri atau Profesor merasakan kenaikan harga barangan ?

-Apakah mereka tahu tentang FELDA..masalah perahan minyak sawit,technoplant,rumah generasi kedua FELDA dan sebagainya...

Aku hidup di tanah FELDA dan kebanyakan meraka yang seperti aku tahu  persis yang berlaku kerana hanya "hanya Jauhari yang Mengenal Manikam" dan sebelum hati aku rasa lebih terluka dan tertikam dengan kenyataan Profesor tu...ada baiknya aku masuk tidur...
rehatkan minda dan jiwa....zzzzzzzzzzzz


P/S:Aku bukan siapa-siapa..cuma pemerhati politik..menegur tidak bermakna membenci.Sekadar luahan hati dan tidak mewakili mana-mana parti politik.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    realiti kita tetap terbaik
    untuk diri kita..jangan peduli orang
    :)


    jOM SINGGAH
    HOVERBIKE

  1. Adam Aizad berkata...:

    susah nak tahu mana betul mana tidak . takat cakap je semua orang boleh cakap

    Blog saya ademncats

  1. ozzy berkata...:

    agak subjektif sebenarnya kenyataan dia tu sbb dia sebut 'Bukan tahu banyak' dan bukan disebut langsung x tahu.
    Apapun aku turut setuju jgn terlalu maksum dgn politik

  1. Cik SHiNJU berkata...:

    Profesor xyah campur sal politik la kecuali pensyarah sains politik..kang 'terasuk' plak minda para siswa...
    sibuk nak berpolitik gak,result ke laut...
    bangsa lain lulus kelas pertama,kita takat dpt ijazah jek..

  1. mankuchai berkata...:

    Bro generasi kedua felda tidaklah bodoh..mereka mungkin boleh tipu generasi pertama...menjadi tanggung jawab generasi pertama menerangkan kepada generasi kedua..

    P/S : Selalu lepak jengka 6 umah pak sedara hehehe.

  1. Miecyber berkata...:

    Kerajaan hanya tahu menindas rakyat sahaja...

    Mesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman

  1. Qaseh Dalia berkata...:

    huhu malas nak amek port psal politik

  1. Unknown berkata...:

    saya harap rakyat diberi perhatian sebelum diri sendiri,,,
    sebab dari rakyat kamu berjaya,,,
    jgn sesekali lupakan itu,,,
    yang hidup pasti mati,, alam mati kita akan kekal selamanya,, cari lah banyak mana pahala yg sepatutnya kita diperintahkan...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...