|
Dah macam Pejabat Kerajaan kat Putrajaya |
Kebiasaannya penjara selalu digambarkan sebagai tempat yang amat menyiksakan,penuh dengan kekotoran,ruang yang sempit serta kemudahan asas yang amat daif.Namun di Penjara Leoben Justice Centre di Steiermark, Austria,siap dibina pada November 2004yang boleh menampung sehingga 205 orang banduan keadaan adalah amat jauh berbeza kerana binaan nya seperti hotel lima bintang dengan segala kemudahan.Disekeliling penjara tertera dua bait ayat :
“Semua manusia dilahirkan bebas dan sama dalam martabat dan hak,” dan
“Setiap orang yang dirampaskebebasannya harus diperlakukan dengan perikemanusiaan dan martabat yang ada pada manusia harus diperlakukan secara terhormat.”
Kedua dua ayat itu adalah ilham yang diambil dari Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Politik.
Rekacipta bangunan ini adalah hasil ilham Josef Hohensinn bagi memenuhi standard design tertinggi Austria.Beliau mahukan agar banduan dapat bergerak lebih bebas diantara sel-sel dan komuniti mereka.Ruangan yang luas supaya para banduan dapat menghirup udara yang segar kerana terdapat tiga halaman dengan dinding-dinding beserta tempat duduk yg cukup artistik dengan pemandangan yang hijau.
Para banduan akan duduk di atas kerusi yang berwarna warni di sebalik dinding kaca sambil menikmati pemandangan dan tentunya adalah jauh berbeza dari penjara tradisional yang menyesakkan.
”Selama ini para banduan telah kehilangan kebebasan,” ujarnya.ditox.co.cc
Ada sentuhan Twin Tower Petronas..siap jambatan
|
Santai-santai kat cafe |
|
Siap dengan TV.. |
|
Reakrasi lah ni.. |
|
Jumpa tetamu kat sini lah agaknya.. |
|
Lobby....dasyat.. |
|
Majulah sukan untuk Negara |
|
Kalah dewan kat tempat aku |
|
Mahkamah agaknya.. |
|
Cepat lah turun..ada gossip terbaru ni....! |
|
Mural..fantastik.. |
|
Termenung di sini.. |
|
Adeeees....bilik memadu asmara..gersang beb.. |
P/S :Kalau rasa nak buat jenayah ada baiknya pergi ke Austria.Layanan VIP..kat Malaysia belum masuk penjara lagi,dalam lokap balai pun dah macam meraung-raung teringat mak ayah kat rumah..Itu baru kemudahan Penjara.,bayangkan kemudahan yang lain dengan penduduk Austria sekitar 10 juta orang berbanding Malaysia 25 juta orang...
Jom siapkan bagasi. Kita terbang ke Austr....