Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Dilema Lalaki Berambut Panjang | abadi romeo

Followers

Dilema Lalaki Berambut Panjang

Sabtu, 15 Januari 2011

               Penampilan lelaki  dewasa ini secara umumnya adalah berambut pendek.Terdapat juga yang berambut  panjang  tetapi jarang dijumpai dan lumrahnya lelaki berambut panjang selalu mengundang persepsi negativ masyarakat.Antaranya nampak macam gangster,tidak kemas dan selekeh,penagih dadah dan yang sewaktu dengannya.Aku pun rasa pernah tergolong dalam gol.lelaki berambut panjang jadi ada serba sedikit experience nak kongsi bersama.Lelaki kalau ingin menyimpan rambut panjang mesti bersedia
menghadapi pelbagai persepsi.

Memilih Menantu
"Ehh...Milah...kalau engkau nak bawak bakal menantu aku datang rumah ..jangan
cari yang berambut panjang..nanti dia masuk ikut pintu...keluar ikut tingkap..."tegas seorang
bapa kepada anak perempuannya.Tapi aku rasa kalau nampak datang dengan kereta BMW lain
pula ayatnnya"ehh Milah..kenapa engkau tak jemput kawan tu masuk rumah..panas kat luar tuuu...!
dah tanak ke nasi.....ajak dia makan sekali...kita sembelihlah ayam Belanda kat belakang rumah tu buat masak 5 rasa,sup itik...kambing panggang berempah...gulai kari kepala ikan...kalau dia tak nak 
makan suruh dia bungkus"kata bapa kepada anak gadisnya.Soal rambut dah hilang sekelip
mata hanya kerana BMW.Ialah...bapa mana yang tak mahu lihat anaknya senang,

Memilih kerja
Pasaran kerja sekarang kebanyakan khusus untuk lelaki yg berambut pendek.    
Tambah pulak kalau ada yang memasang impian untuk bekerja dengan gomen.Lupakanlah
niat nak berambut panjang.Jangankan panggilan untuk kerja...borang pun belum tentu dapat.
"dik..borang dah habis"datang lain kali lah......walaupun ada lima guni lagi dalam stor.
Kebanyakan lelaki berambut panjang bekerja sendiri.Kalau nak makan gaji...tipis harapan.



Kenapa Lelaki  Mahu Berambut Panjang
Soalan cupamas ni....antara alasan yg diberikan ialah itu hak peribadi.Tapi peribadi
kita menjadi tidak peribadi lagi bila mana ia bersangkutan dengan orang lain.Mana ada budak sekolah
berambut panjang...guru displin pasti akan sentiasa tertarik dengan penampilan anda yg berambut panjang.
Fesyen juga mempunyai pengaruh....muzik rock banyak mempengaruhi jiwa muda.
Penampilan artis rock akan menjadi ikutan sebagai memenuhi tuntutan trendy.Tak rock kalau berambut
pendek.Amy searh dan Awie wing potong rambut pun kerana terpaksa.Sebenarnaya diaorang
menangis 3 hari 3 malam..siap berguling-guling..kat rumah..tapi tak cerita kat orang.Aku tak nak sentuh lah kalau ada bersangkut dengan agama.nanti aku 
macam menghalalkan cara.sila KLICK untuk melihat alasan persoalan agama.
Yang penting bagi aku kene kemas dan terurus.Kene rajin2lah
pergi saloon rambut ...bukan apa sebab aku ada buka
saloon rambut....datanglah....hehehe..
kempen sikit....

Kredit :http://teratakburuk69.wordpress.com/2010/11/29/lelaki-rambut-panjang-sunnah-nabi-atau/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 ulasan:

  1. Idalara berkata...:

    Kalau kena dgn gayanya sy suka juga lelaki berambut panjang..mcm anuar zain dulu...yg penting kemas dan bersih..

  1. abadi romeo berkata...:

    @ Idalara
    gambar Anuar Zin post kat majalah URTV memang la kemas dan bersih..cuba candid sekali dia baru bangun tidur...hehehehe..aku rasa ada yg tak kenal dia Anuar Zin...

    p/s:mimpi Annuar Zin toreh getah kat estate

  1. rmbt pjg? ermm
    depends atas someone 2 la.
    ade yg seswai. ade yg xseswai..

    btw..
    da folo kamu. jmpe kamu lam list blgger baru.
    folo me back yeah. tq.

  1. abadi romeo berkata...:

    @♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥
    kalau dah berkenan di hati...botak licin pun seswai..ahak3

    keadailan mesti ditegakkan....yess I'M follow you..dengan rela hati...

  1. Guru berkata...:

    camana nak elak rambut gugur ya?..

    luar topik, sori...

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    entahlah aku tak berapa
    suka lelaki berambut panjang nih?

  1. terokai seni berkata...:

    zaman skuloh dulu nak le brambut panjang, bila dah tua-tua ni rasa tak plak, takde orang nak halang kot... tak adventure le tu

  1. Owh, ckLah baru saja potong rambut anak perempuan. Ada kutu...nangis dia sayangkan rambutnya.


    ***Keluar topik ni :D

  1. akubiomed berkata...:

    Teringin hendak berambut panjang masalahya apabila panjang sikit dah nak potong rambut :-)

  1. Admin berkata...:

    wlaupape pn, kte ttp suke
    a samad said..hehe~

  1. iza berkata...:

    Salam..

    Tak berminat la kalau lelaki rambut panjang, sekemas mana pun dia jaga tetap tak suka.
    Begitu jgk sebaliknya, tak suka kalau perempuan berambut pendek.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...