Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Si pengemis yang menjadi jutawan | abadi romeo

Followers

Si pengemis yang menjadi jutawan

Jumaat, 7 Januari 2011
Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu..bila terbaca artikel di bawah terkadang aku terfikir nasib manusia tiba2 boleb berubah sekelip mata dengan izin tuhan.Tapi kalau sentiasa mengharapkan tuah belum tentu juga tuah menyebelahi kita.Orang kita dan sinonim dengan Hang Tuah...aku pun harap darah tuah tu ada terselit kat badan aku sebab aku pun mengharapkan tuah datang merubah kehidupan yang lebih baik..

COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

Sumber: KOSMO
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    SALAM..
    ERMMM..janji bekas penagih..??
    berjuta pun habis kayap balik
    nanti..semoga beliau berubah betulbila dah senang nanti..

  1. abadi romeo berkata...:

    hehehe...tu yg payah nak percaya..duit kalau dah banyak kelam mata..

  1. Admin berkata...:

    tuah ayam nmpak kt kaki,
    asalkan cuba untuk berubah ke arah kebaikan,
    insyaallah sume akan mnjadi :)

  1. untung betul die.. huhu :P

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Salam bro abadi..
    Agak-agak pemilik suara adik upin dan ipin tu boleh jadi jutawan tak?...

  1. abadi romeo berkata...:

    @ahsfantasy24
    tuah ayam pun tak ke mana..kene sembelih buat lauk-baru tadi aku makan ayam goreng..yummy.

    @Puteri Iqa Izyan
    ramai la mengaku sedara lepas ni...

  1. abadi romeo berkata...:

    @abgreds
    payah sikit kat Malaysia ni..Producer pandai buat film tapi tak pandai buat marketing..local market kecik,hanya Indonesia yg terima Upin & Ipin..the rest..not interested

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...