Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Jambatan terpanjang di dunia siap di bina | abadi romeo

Followers

Jambatan terpanjang di dunia siap di bina

Sabtu, 1 Januari 2011



JAMBATAN Qingdao Haiwan di China yang terpanjang di dunia siap pada Isnin lalu.


QINGDAO - Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.

"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.

Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS). - Agensi 

Kredit :KOSMO
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. well..china makin maju mey...

  1. abadi romeo berkata...:

    @Miecycber..
    Kalau ada modal apa pun boleh buat...
    Ada dengar ura2 nak buat Jambatan dari Melaka-Sumatra,Indonesia....

    @KOF
    Market China besar..jual kacang pun jadi kaya(Kacang Shandong)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...