Peristiwa 1
Bila cuti sekolah berakhir aku pun hantar anak pulang ke asrama
MRSM Felda Trolak.Sebelum sampai ke asrama,aku singgah di bandar Slim River
untuk membeli barang keperluan asrama anakku yg masih belum cukup.Oleh
kerana perut terasa lapar..aku mencari sebuah gerai.Sedang aku menjamu selera
aku tersentak seketika bila di sapa seorang lelaki tua disebelahku
"hantar anak balik asrama ke?"tanya lelaki tua.
"ya..."jawab ku pendek.
"bagus sekolah tu..sekolah baru buka,anak pakcik ramai masuk MRSM,anak
pakcik 7 orang..tinggal sorang lagi yg belajar kat ITM Shah Alam..yg lain
dah habis belajar...alhamdulillah..semua masuk U..."cerita lelaki tua..
aku hanya mendengar dan terseyum
"pakcik duduk kat FELDA Trolak..dekat je dari sini..anak pakcik
sekolah rendah di Trolak..masuk menengah pakcik hantar diaorang
belajar jauh dari FELDA....kat sini tak boleh belajar..pengaruh dadah kuat.."
dan otakku mula berfikir ligat mendengar nasihat lelaki tua tadi.
Peristiwa 2
Menyelesaikan bil2..aku terpaksa ke bandar..dan bandar yg paling
hampir ialah Bandar Pusat Jengka.Sekarang ni semakin maju apatah lagi sejak
penubuhan ITM cawangan Jengka.Warga kampus nya lebih kurang 10,000.
Jadi meriah lah sikit dengan kebanjiran pelajar dan tenaga kerja ITM.
Waktu tengahhari macam biasa bila perut dah berbunyi..aku singgah
disebuah kedai makan.Ramai jugak manusia dan kebanyakannya
adalah pelajar perempuan.Mulanya aku tak ambil pusing
..
tiba..
aku terpandang sekumpulan lelaki yg "aneh"sedikit.Lelaki yang
bentuk fizikalnya lelaki,berpakaian lelaki..tetapi bertutur seperti perempuan.
Emmmm...."sotong"rupanya...hatiku berkata.
dan aku mula mengamati dengan lebih jelas...dikelilingi oleh hampir
30 orang pelajar perempuan..hanya ada 5 orang pelajar lelaki "sotong"
didalam kedai itu...lalu aku bermonolog sendirian...
"Kemana perginya pelajar lelaki...?"
Rantaian dari dua peristiwa tersebut aku dapat membuat kesimpulan
Kemasukan pelajar baru ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan baru-baru ini terus dikuasai pelajar wanita. Bilangan mereka yang diterima masuk jauh melebihi pelajar lelaki dengan nisbah hampir 2:1. Maklumat Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan 61,750 atau 58.6 peratus daripada 105,377 pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA bagi sesi pengajian 2010/11 adalah pelajar wanita.
Manakala statistik yg dikeluarkan oleh PEMADAM pada 2005
berjumlah hampir 300,00 orang dan 90% adalah lelaki.Bayangkan jumlah
keseluruhan penagih dadah sehingga tahun 2011.Adalah di percayai
jumlahnya mencapai 1.2 juta orang.
Antara sebab lelaki kurang di IPT :
- Ponteng sekolah, penagihan dadah, merempit dan gengsterisme sehingga mengabaikan pelajaran.
- Inginkan kebebasan dari alam persekolahan-"enjoy"
- Lebih mFaktor kewangan keluarga-memilih bidang kerja dari meneruskan pelajaran.
- Faktor kewangan keluarga-memilih bidang pekerjaan berbanding meneruskan pelajaran.
- Tidak matang dalam membuat pilihan menentukan jalan hidup.
Ini adalah sedikit sebanyak faktor dan mungkin banyak lagi yg tidak
dapat saya huraikan.Kesannya...lelaki kini kurang gol.intelek berbanding
perempuan yang semakin hari menunjukkan peningkatan dalam merubah gaya
hidup dan kerjaya yang lebih baik berdasarkan kelayakan akademik.
Status "Andartu"tidak lagi menjadi isu kerana perempuan merasakan
pasangan hidup mereka mestilah lebih tinggi pendapatan ataupun paling
tidak setaraf dengan mereka.Betul juga kata orang tua...
"Enggang sama enggang,pipit sama pipit...
manakan bisa terbang sama"
dan bila melihat pasangan isteri lebih berjaya tentu ada yg berkata
"bagai gagak dengan telornya..."
Sisitem pendidikan kini yang dikuasai oleh cikgu perempuan
menyebabkan pelajar lelaki yg dilahirkan terbawa2 dengan sifat "sotong".
Maka ramai pelajar Lelaki Sotong yang berjaya memenuhi slot
kekosongan di IPT,IPTA dan Istitusi Pendidikan.Kaum lelaki sebenarnya
banyak di beri "merit"berdasarkan jantina untuk melanjutkan pelajaran
tetapi kesempatan ini tidak diambil perhatian.
Sumber
http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan.php
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mencari__8216_kehilangan__8217_pelajarlelakidiIPT/Article
http://ukma.tripod.com/pendapat/lelaki_IPTA_merosot.htm
salam..
Hakikat yang perlu diakui oleh masyarakat kita hari ini..Kat Jengka masalah dadah masih berleluasa & semuanya pun melibatkan lelaki.
Keluar masuk pusat...